Khamis, 5 November 2015

Bagaimanakah Insan Dapat Dibangunkan?


Minggu ini, kami telah mempelajari tentang INSAN dalam bina insan guru di Kpakk iaitu Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Insan di ambil dari perkataan arab "NISYAN". Insan juga dapat dijelaskan sebagai makhluk yang diciptakan oleh Tuhan.

 Pembinaan insan di Kpakk mahupun seluruh dunia merupakan perkara yang perlu diberikan keutamaan dalam memastikan terbinanya keluarga , masyarakat dan negara. Dapat membangunkan aspek fizikal, intelektual , sosial , dan emosi dengan mengukuhkan kerohanian yang berpaksikan keesaan Tuhan. 

Dengan meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk "minda kelas pertama". Masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang dan mengamalkan nilai-nilai moral/murni.

Selain itu, kita perlu menjana kemajuan dalam semua bidang dan mampu menempa kemajuan dan perubahan. sistem pendidikan yang ditawarkan amat gagah cuba melakukan tranformasi total atau perubahan yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup, resam budaya , dominasi ekonomi dan kewangan, perkembangan ilmu dan pendidikan seperti Kpakk , teknologi maklumat , media cetak dan lectronik terhadap umat manusia. Penekanan juga amat kuat kepada budaya pembelajaran di kalangan orang melayu untuk perjalanan menuju wawasan 2020.

Menjadi insan berdaya saing dan berdaya maju kerana bertenaga muda merupakan golongan yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini boleh dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan.