Rabu, 23 Disember 2015

PENGURUSAN DIRI

KEMAHIRAN MENGURUS DIRI bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

4 aspek kemahiran mengurus diri berkesan

Fizikal diri: keseimbangan jasad lahiriah

  • KEBERSIHAN DIRI
  • JAGA PENAMPILAN DIRI
  • JAGA PEMAKANAN 
  • ISTIQOMAH RIADAH
  • KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN TEMPAT TINGGAL
Mengurus emosi diri

  • JAGA HATI DENGAN SEMPURNA
  • BUANG SIFAT DENDAM
  • TINGKATKAN DAYA JUANG
Mengurus rohani diri

  • KERJAKAN SOLAT SEOLAH-OLAH KITA MELIHAT TUHAN
  • YAKIN DENGAN KEKUSASAAN TUHAN
  • MELETEKKAN PENGHARAPAN YANG TERTINGGI KEPADA TUHAN
  • LETAKKAN KEBERGANTUNGAN KITA HANYA DENGAN TUHAN
Mengurus mental diri

  • LAHIRKAN OTAK YANG CERGAS
  • TIMBULKAN KEYAKINAN DARI KEKUATAN DIRI
  • TAMBAH PENGETAHUAN DAN TINGKAKAN KEMAHIRAN DISIPLIN DIRI
  • TAMBAH HOBI YANG BERMANFAAT
  • TAMBAH KEUPAYAAN MINDA
  • LUASKAN PERJALANAN DAN PENGEMBARAAN 
  • BERKONGSI ILMU KEPADA ORANG LAIN





Kenapa masa tidak cukup? 
Diri sendiri yang tidak menggunakan masa dengan tepat, tidak displin, kurang minat dan tidak teratur.

Langkah untuk menguruskan masa 

  • JANGAN BERTANGGUH
  • UTAMAKAN TUGAS PENTING DULU
  • BERI PELUANG UNTUK ORANG MEMBANTU
  • UTAMAKAN TUGAS SENDIRI
  • BUAT PERANCANGAN RAPI
Punca-punca pembaziran masa kerana gangguan daripada kawan, tiada jadual kerja yang sistematik, kerja tidak dirancang, dan tiada semangat untuk berkerja/belajar
Kudran masa
  1. PENTING - SEGERA @ TAK SEGERA
  2. TAK PENTING- SEGERA @ TAK SEGERA
Kepentingan pengurusan masa
  1. Masa amat terhad dan berharga
  2. Meningkatkan produktif
  3. Memastikan pencapaian matlamat diri
  4. Membentuk kehidupan yang seimbang
  5. Mengurangkan tekanan
  6. Mendapat masa yang lapang dan lebih

Isnin, 21 Disember 2015

MOTIVASI DIRI


MOTIVASI adalah keadaan dalaman yang menggerak dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan , dan tingkah laku. 

Dari segi bahasa;Perkataan Latin , MOVERA (menggerak)
                             MOTION (kata akar emosi) @ (mottif yang wujud)
                             ACTION (tingkah laku/tindakan)

Konsep Kendiri 

  • I and ME
  • iaitu tentang apa yang kita lihat mengenai diri kita melalui kaca mata, perasaan dan fikiran sendiri.
Motif 

  • Merujuk keadaan atau proses mental(pemikiran) yang berkaitan matlamat untuk dipenuhi(permintaan diri).
  • Gerak dan dorongon
  • Tingkah laku 
  • Pemuasan keperluan(matlamat)
Hierarki keprluan maslow terdiri daripada FISIOLOGI- keperluan asas, KESELAMATAN- perlindungan diri sendiri, SOSIAL-, PENGHARGAAN- dan KESEMPURNAAN DIRI-.


SEVEN SECRET OF SUCCES

  • SCORE (matlamat-bayang-bertindak)
  • SKILL 
  • STRATEGY 
  • SPIRIT 
  • SPACE
  • SPEED
  • SPIRITUAL (niat dalaman)

2.4PENGURUSAN INTEGRITI,AKAUNTABILITI,MORAL DAN ETIKA


  • Integriti, akauntabiliti, moral dan etika adalan antara prinsip yang perlu ada dalam setiap individu. Pelaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan dan disertakan dengan amalan prinsip-prinsipakan dapat memastikan program, aktiviti atau sesuatu projek mengikut perancangan , sistem, prosedur dan peraturan semasa serta mendapat pulangan terbaik bagi setiap usaha yang dilakukan.
DEFINISI INTEGRITI

  • Kualiti yang dimiliki oleh seseorang individu mahupun sesebuah kumpulan dalam tumpuan yang dibina. Integriti dikatakan berkait rapat dengan etika.
DEFINISI AKAUNTABILITI

  • Seseorang yang menjalankan tugas dan melaksanakan kewajipannya dengan penuh tanggungjawab berpandukan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
DEFINISI ETIKA 

  • Perilaku dan peranan seseorang yang diberikan tanggungjawab. Ia uga bermaksud personaliti yang merujuk kepada perbuatan yang dilakukan seseorang individu sebelum dikatakan baik atau buruk dengan kata lain aturan atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia.
DEFINISI MORAL

  • Tingkah laku dan bersifat praktikal. Kesedaran tingkah laku betul atau salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan Moral juga adalah tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu.
FAKTOR KEJAYAAN PENGURUSAN INTEGRITI, AKAUNTABILITI, MORAL DAN ETIKA

  1. Gaya kepimpinan berteladan
  2. Komunikasi berkesan
  3. Pendidikan berterusan dan berulang
  4. Persekitaran budaya yang kondusif
  5. Kesediaan individu untuk berubah
FAKTOR YANG MENJEJASKAN SEPERTI

  • Kelemahan individu
  • Sistem dan prosedur
  • Struktur dan institusi 
  • Kepimpinan 
  • Budaya

2.3SEMANGAT PATRIOTISME, KEDAULATAN DAN MARUAH

Patriotisme bermaksud semangat cintakan tanah air. Mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara yang dapat mengangkat maruah dan martabat negara di pentas global.

Kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Kemunculan konsep ini dipengaruhi oleh proses pertumbuhan negara moden.

Maruah bermaksud kehormatan diri,harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat keberanian, kegagahan serta kekuatan untuk mengelak daripada dibuli,dipijak atau dipermainkan oleh orang lain.
Kesopanan & kesusilaan 

  • Merujuk kepada prinsip Rukun Negara yang ke-5 diamana ia memberi pengertian betapa pentingnya menjaga maruah diri yang dapat mencerminkan maruah negara.
Semangat patriotisme, kedaulatan dan maruah boleh dipupuk melalui aspek;

  1. Tumpuan sektor ekonomi yang seimbang semua kaum.
  2. Tiada pengasingan sistem pendidikan dan semua bercirikan kebangsaan.
  3. Didikan kerohanian yang baik walaupun perbezaan kepercayaan atau agama.  



2.2KESETIAAAN KEPADA RAJA,KERAJAAN DAN NEGARA

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja di mana Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara.

Proses pembentukkan pentadbiran kerajaan Malaysia sebenarnya telah bermula sejak dulu lagi sebelum merdeka. Ia merupakan pemerintahan dan pentadbiran yang telah ditentukan oleh masyarakat Melayu sendiri tanpa pengaruh daripada luar. 

Struktur pemerintahan Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu ;

  1. Badan eksekutif(BE) yang menjalankan pentadbiran negara.
  2. Badan perundangan(BP) yang membuat undang-undang.
  3. Badan kehakiman(BK) yang mentafsir undang-undang
Siapakah Yang Di-Pertuan Agong?
Baginda merupakan Ketua Negara yang menjalankan tugas seperti berikut;

  • Menjalankan tugas sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera
  • Memperkenankan undang-undang
  • Tugas mengikut budi bicara
  • Memberikan kuasa pengampunan 
  • Memainkan peranan di dalam dan di luar negara
DEMOKRASI MALAYSIA

  • PEMERINTAHAN RAKYAT UNTUK RAKYAT
  1. KETUA NEGARA
  2. KETUA NEGERI
  3. PERLEMBAGAAN 
  4. PARLIMEN 
  5. PILIHANRAYA

Ahad, 20 Disember 2015

KENEGARAAN

Kenegaraan terbahagi kepada 4 iaitu (1) sejarah kebangkitan negara, (2)kesetiaan kepada Raja, Kerajaan dan Negara, (3)Semangat Patriotisme,Kedaulatan dan Maruah, (4)Pengurusan integriti, akauntabiliti, moral dan etika.






2.1 SEJARAH KEMERDEKAAN

PENGENALAN
  • Sejarah bermaksud kepada peristiwa lalu yang dialami oleh seseorang manusia.

PROSES PEMBETUKAN

  • Proses pembetukan dan pembahagiaan kekuasaan dalam masyarakat.
  • Mewujudkan proses membuat keputusan khususnya dalam negara.
  • Politik merupakan kegiatan yang diarah untuk mendapatkan serta mempertahankan kekuasaan dalam sebuah masyarakat dan kebijaknaan memilih pemimpin.
BENTUK-BENTUK NEGARA DUNIA

  • Monarki - sistem di Raja
  • Republik -  sejenis kerajaan atau negara yang diperintah oleh ketua negara yang dipilih oleh                         rakyat
  • Demokratik - sistem pemerintahan suatu negara sebagai upaya mewujudkan kedaulatan rakyat.
  • Autokrasi - kuasa ketenteraan 
  • Totalitarian - sistem berkuasa penuh 
  • Sosialis - sebuah negara berhubungan dengan negara lain.
  • Komunis
PENGERTIAN KEMERDEKAAN 

  • Pemerintahan sendiri oleh penduduk sesebuah negara yang secara amnya menuntut keadilan dan kedaulatan.
SEJARAH PEMBETUKAN MALAYSIA

  • Mencantumkan Tanah Melayu, Singapura dan Wilayan Borneo dalam konsep Persekutuan Tanah Melayu. 
  • Kesedaran bahawa Tanah Melayu dan negeri-negeri tesebut sukar untuk berdiri sendiri terutama dalam menghadapi sebarang persainan di peringkat antarabangsa. 
FAKTOR PENUBUHAN

  • Mengelak ancaman dan pengaruh komunis
  • Memberi kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei
  • Perkongsian faedah ekonomi
  • Membela masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak
  • Hak keistimewaan kaum bumiputera