Isnin, 21 Disember 2015

2.3SEMANGAT PATRIOTISME, KEDAULATAN DAN MARUAH

Patriotisme bermaksud semangat cintakan tanah air. Mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara yang dapat mengangkat maruah dan martabat negara di pentas global.

Kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Kemunculan konsep ini dipengaruhi oleh proses pertumbuhan negara moden.

Maruah bermaksud kehormatan diri,harga diri. Maruah juga membawa maksud sifat keberanian, kegagahan serta kekuatan untuk mengelak daripada dibuli,dipijak atau dipermainkan oleh orang lain.
Kesopanan & kesusilaan 

  • Merujuk kepada prinsip Rukun Negara yang ke-5 diamana ia memberi pengertian betapa pentingnya menjaga maruah diri yang dapat mencerminkan maruah negara.
Semangat patriotisme, kedaulatan dan maruah boleh dipupuk melalui aspek;

  1. Tumpuan sektor ekonomi yang seimbang semua kaum.
  2. Tiada pengasingan sistem pendidikan dan semua bercirikan kebangsaan.
  3. Didikan kerohanian yang baik walaupun perbezaan kepercayaan atau agama.  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan