Rabu, 27 Januari 2016

KEM BINA INSAN GURU

Jumaat, 15 hingga 17 januari 2016 kami telah menyertai kem Bina Insan Guru telah dilangsungkan di kem Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat.

Hari pertama pada hari jumaat, aktiviti yang kami jalankan ialah Ice Breaking dimana sir Hazwan dan encik Zaim yang menjalankan aktiviti tersebut. Kami telah mengambil satu kertas di dalam satu kotak secara rawak untuk pembahagian kumpulan. Terbentuk kumpulan seramai 6 orang ahli dan kami telah melakukan aktiviti bertali, melukis tanpa memegang marker pen dan encik Zaim telah mengajar tentang perkara 3P iaitu Penerimaan, Persetujuan dan Penghargaan.

Hari kedua pada hari sabtu penuh dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pada pagi tersebut, kami telah memulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan terus diikuti dengan senaman pagi yang diiringi lagu-lagu semangat bersama para tenaga pengajar dan fasilitator. Kami telah main satu permainan iaitu baling selipar, sangat menyeronokkan dan terhibur dengan gelagat peserta yang bermain. Selesai permainan baling selipar, kami telah diberi taklimat oleh encik Roy selaku pengusaha kem tersebut. Encik Roy telah memberi taklimat berkenaan aktiviti air iaitu pondrafting yang kami lakukan, cara memakai jaket keselamatan dan cara mengikat tali di rakit. Selesai taklimat, kami mulakan dengan aktiviti berenang seorang demi seorang. Kemudian kami mulakan dengan aktiviti pondrafting dengan aktiviti tersebut, kami satu pasukan bekerjasama untuk menghabiskan hingga ke garisan penamat. Pada malam tersebut, malam gemilang dengan adanya malam kebudayaan sebagai malam pengakhiran bagi kem bina insan guru yang bertemakan perkahwinan. Setiap kumpulan mempunyai nama dan peranan masing-masing seperti Mak Su sebagai ahli kebersihan dan Mak Ngah sebagai mmenyediakan makanan minuman. Selain itu, kami juga telah diberi dua tugasan untuk mengubah lagu kanak-kanak dan lagu bebas sebagai persembahan penutup. 

                                                                    


Pada pagi hari terakhir kami, seperti biasa kami membuat senaman pagi bersama encik Omar. Kemudian kami akan melakukan aktiviti yang sangat ekstrim yang mempunyai pelbagai slot. Dan aktiviti terakhir kami yang melibatkan semua peserta ialah menaikkan bendera semua kumpulan Coconut, Papaya, Strawberi, Kiwano, Mangoesteen dan Tembikai dengan menggunakan batang paip PVC. 

Kami telah berkumpul di Dewan utama untuk majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah memenangi dalam aktiviti yang dijalankan. Dan pengakhiran ucapan dari tenaga pengajar. 

                                      

KERJA BERPASUKAN


PENGENALAN 



  • Setiap kerja yang dilaksanakan secara berkumpulan hasilnya pasti lebih baik daripada kerja berseorangan
  • Mempunyai garis panduan
HAKIKAT PASUKAN DAN KEPENTINGANNYA
  • Pasukan ditakrifkan sebagai cara individu lain dalam satu unit secara harmoni untuk melaksanakan misi bagi mencapai matlamat atau objektif
DINAMIKA PERKEMBANGAN PASUKAN
  1. Permulaan 
  2. Konflik
  3. Penyesuaian 
  4. Produktiviti 
  5. Kejayaan / Penamat
MODEL 
  • Output produktif (hasil yang kualiti)
  • Kepuasan individu
  • Kemampuan belajar dan menyesuaikan.
FAKTOR
  • Struktur formal, persekitaran , budaya , strategi , ganjaran dan sistem kawalan.
KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN 
  • Maklumat adalah bahan asas di dalam membuat keputusan.
  1. USAHAWAN - Cuba membaiki unitnya dan menyesuaikan keadaan persekitaran.
  2. PENGAWAL GANGGUAN - Mengambil tindakan tertentu untuk mengelak jadi lebih teruk.
  3. PEMBAHAGI SUMBER - Bertanggungjawab untuk menentukan pihak yang akan mendapat sesuatu
  4. PERUNDING - Menghabiskan masa yang sewajarnya di dalam perundingan
KESIMPULAN 
  • SETIAP KERJA YANG DILAKUKAN SECARA BERKUMPULAN HASILNYA LEBIH BAIK DARIPADA KERJA YANG DILAKU
    KAN SECARA KESEORANGAN. 
                                                 

KEMAHIRAN INTERPERSONAL

KANDUNGAN
  • Konsep komunikasi interpersonal
  • Pra syarat komunikasi interpersonal berkesan (lisan&bukan lisan)
  • Kemahiran Interpersonal berkesan dan tidak berkesan


KONSEP KOMUNIKASI INTERPERSONAL
  • Proses interaksi antara manusia dimana orang bertutur dan bertukar pendapat. Gerak, isyarat atau simbol dengan tujuan untuk memberi dan bertukar maklumat atau mengubah keadaan fizikal atau mental antara mereka.

SIAPA mengatakan APA kepada SIAPA melalui SALURAN dengan KESAN apa?
KOMUNIKASI INTERPERSONAL
  • PERINGKAT MAKLUMAT
-fakta
-idea
-pandangan
  • PERINGKAT PERHUBUNGAN
-perasaan
-sikap
-nilai


Kenal Pasti Pra Syarat Komunikasi
  • Mengarah & memerintah > senyap 
  • Amaran dan ancaman > respon yang minima
  • Beri nasihat - harus/tidak harus > kedudukan fizikal badan
  • Beri penyelesaian/cadangan > menggalakkan(meluahkan perasaan/bercakap)
  • Mengejek/melabel nama > mendengar dengan aktif
KOMUNIKASI LISAN

Unsur fizikal dalam komunikasi lisan
  1. Jabat tangan, pandang tepat di muka & senyum
  2. Pastikan jarak perbualan yang sesuai.
  3. Dengar dengan bersungguh-sungguh (jadikan orang lain merasa diri mereka penting)
  4. Kekalkan hubungan mata (KONTAK MATA)
Unsur psikolagi dalam komunikasi lisan
  1. Pujian yang jujur 
  2. Mulakan perbualan dengan sesuatu yang positif. 
  3. Anggap persoalan dan permasalahan sebagai sesuatu yang penting
  4. Cuba faham keseluruhan mesej yang disampaikan
Menjadi Pendengar Yang Baik
  1. Dengar idea utama yang dipilih
  2. Bertenang kawal emosi dan hargai emosi orang lain
  3. Wujudkan persekitaran yang positif
  4. Beri maklum balas
  5. Bermotivasi dalam komunikasi yang diwujudkan
KOMUNIKASI BUKAN LISAN
DEFINISI 
  • Mesej yang dluahkan atau dipamerkan secara bukan linguistik.
KEPENTINGAN
  • Satu kaedah utama melepaskan perasaan dan sikap kepada orang lain.
  • Mesej bukan verbal lebih dipercayai berbanding dengan mesej verbal
  • Memainkan peranan penting dalam pembentukan hubungan antara perseorangan
JENIS KOMUNIKASI TANPA LISAN 
  • Kinestatik (pergerakan)
  • Proksemik - ruang & peribadi : kekasih, orang tua, suami isteri , anak-anak
  • Para linguistik - inotasi & nada suara
  • Penampilan diri dan imej
KOMUNIKASI INTERPERSONAL TIDAK BERKESAN 
  1. KEPERCAYAAN
  2. SIKAP
  3. PRASANGKA
  4. PERSEPSI 
  5. ISTILAH
  6. JANGKAAN
  7. SASARAN
KOMUNIKASI INTERPERSONAL BERKESAN
  1. POSITIF
  2. SECARA LANGSUNG
  3. PENGURUSAN INTERAKSI
  4. PENUH PERASAAN 
  5. ORIENTASI LAIN
  6. KETERBUKAAN
  7. EMPATI
INTERPRETASI BAHASA BADAN
BAHASA BADAN
  • Berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan 
  • Kandungan boleh menunjukkan maksud yag tersirat sukar untuk dipastikan bila berakhir kerana mungkin tersembunyi.
ASPEK MENGUKUHKAN KOMUNIKASI INTERPRETASI  BADAN

TEKNIK : 
  • KONTAK MATA
  • POSISI BADAN 
  • ISYARAT FIZIKAL MENGGUNAKAN KAKI TANGAN & ANGGOTA LAIN
  • DITAMBAH DENGAN PENGGUNAAN BAHASA YANG TEPAT

Selasa, 26 Januari 2016

KOMUNIKASI BUKAN VERBAL

KOMUNIKASI BUKAN VERBAL

KOMUNIKASI BADAN 

PENGENALAN 

  • Komunikasi badan (bukan lisan) memberi gambaran yang jelas tentang personaliti seseorang individu. Kita dapat mengenalpasti personaliti seseorang individu dengan memerhati komunikasi badan yang ditunjukkan oleh mereka. 
  • Komunikasi badan memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seseorang individu kerana ia akan memberi gambaran tentang personaliti mereka.
KEPENTINGAN MEMAHAMI KOMUNKASI BADAN
  1. Mengenal pasti personaliti dan membina karisma seseorang individu.
  2. Menunjukkan hubungan antara seseorang individu dengan individu yang lain.
3 JENIS KOMUNIKASI BADAN 


KOMUNIKASI TANGAN 
  • TANGAN DAN MUKA
  • TANGAN DAN BADAN 
  • TANGAN BERSALAMAN 
KOMUNIKASI MUKA
  • SENYUMAN
  • RENUNGAN MATA
KOMUNIKASI KEPALA
KETEGORI KOMUNIKASI 

Komunikasi Intrapersonal
  • Bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan dalam diri sendiri (perasaan/nilai/iman)
  • Berlaku di dalam diri sendiri
Komunikasi Interpersonal
  • Proses komunikasi yang melibatkan dua orang atau lebih.
  • Komunikasi antara individu.
Komunikasi Kumpulan Kecil
  • Komunikasi antara 10 orang ke bawah
  • Berperanan membuat keputusan dan dipatuhi oleh semua ahli. 
Komunikasi Awam 
  • Dikenali sebagai pengucapan awam.
  • Pergaulan dengan orang awam
Komunikasi Massa 
  • Berlaku untuk sebaran umum.
  • Menggunakan alat-alat media massa seperti akhbar, majalah, radio, televisyen, telefon, buku dan risalah.
Komunikasi Organisasi. 
  • Komunikasi yang berlaku dalam organisasi.
  • Antara pekerja dengan pekerja atau majikan dengan pekerja. 
KEPENTIGAN KOMUNIKASI BERKESAN 
  1. Menjimatkan masa
  2. Sama hala tuju dan matlamat
  3. Memudahkan perubahan
  4. Mengurangkan kesilapan
  5. Kerja berbaloi hasilnya. 
FAKTOR HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

DALAMAN

PENGALAMAN
  • Pengalaman silam mempengaruhi
ingatan masa 

PENGETAHUAN
Teori belajar dalam kelas

EMOSI
  • Terlalu suka, gembira, sedih & takut

KEPENTINGAN
  • kalau perkara penting: dengar & faham
  • kalau perkara tidak penting: buat tidak tahu
LUARAN

CUACA
  • Panas, sejuk, mendung semuanya memberi kesan
MASA
  • Cukup masa atau tidak 
FIZIKAL
  • Dekat atau jauh (ruang)
SUHU
  • Tinggi atau rendah mempengaruhi kualiti komunikasi
BUNYI
  • Mengganggu komunikasi
CARA ATASI HALANGAN KOMUNIKASI
  • wujudkan kepercayaan 
  • kikiskan segala prasangka terhadap individu lain
  • jangan biarkan pengalaman menguasai pemikiran 
  • komunikasi pada cuaca & masa yang sesuai
  • komunikasi pada tempat & suhu yang selesa

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Apa itu komunikasi?

  •  Bahasa Latin: COMMUNIS = 'SAMA'
  •  Bahasa Inggeris: COMMON = 'SAMA'
  • Adalah proses menciptakan suatu kesamaan pemikiran antara pengirim dengan penerima (commonness)
KOMUNIKASI ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea yang dapat menyampaikan maksud. 

KOMUNIKASI bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur,penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca,pendengar)  yang kemudiannya memberikan maklum balas (mentafsir) mesej tersebut.

DEFINISI KOUNIKASI BERKESAN.
  • Satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas dan tindak balas seperti yang diharapkan.
  • Satu proses yang akan dapat mengubah cara seseorang berfikir dan mengubah kelakuan seseorang.
PROSES KOMUNIKASI 


PENYAMPAI --- PENERIMA --- MAKLUMAT --- MAKLUM BALAS ---
         SALURAN --- PERSEKITARAN  

ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI 

Penyampai
  • Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi melalui perlakuan lisan dan bukan lisan.
Penyampai
  • Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat.
Maklumat/mesej
  • Maksud/fakta/ niat yang difahami oleh penerima maklumat.
Maklumbalas
  • Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.
Saluran
  • Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej.
  • Saluran paling asas melalui pendengaran dan penglihatan.
  • Saluran-saluran tambahan : media elektronik lukisan di kanvas atau bahan cetakan 
Konteks
  • Situsi penyampai mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej 
  • Contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta 



Rabu, 23 Disember 2015

PENGURUSAN DIRI

KEMAHIRAN MENGURUS DIRI bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

4 aspek kemahiran mengurus diri berkesan

Fizikal diri: keseimbangan jasad lahiriah

  • KEBERSIHAN DIRI
  • JAGA PENAMPILAN DIRI
  • JAGA PEMAKANAN 
  • ISTIQOMAH RIADAH
  • KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN TEMPAT TINGGAL
Mengurus emosi diri

  • JAGA HATI DENGAN SEMPURNA
  • BUANG SIFAT DENDAM
  • TINGKATKAN DAYA JUANG
Mengurus rohani diri

  • KERJAKAN SOLAT SEOLAH-OLAH KITA MELIHAT TUHAN
  • YAKIN DENGAN KEKUSASAAN TUHAN
  • MELETEKKAN PENGHARAPAN YANG TERTINGGI KEPADA TUHAN
  • LETAKKAN KEBERGANTUNGAN KITA HANYA DENGAN TUHAN
Mengurus mental diri

  • LAHIRKAN OTAK YANG CERGAS
  • TIMBULKAN KEYAKINAN DARI KEKUATAN DIRI
  • TAMBAH PENGETAHUAN DAN TINGKAKAN KEMAHIRAN DISIPLIN DIRI
  • TAMBAH HOBI YANG BERMANFAAT
  • TAMBAH KEUPAYAAN MINDA
  • LUASKAN PERJALANAN DAN PENGEMBARAAN 
  • BERKONGSI ILMU KEPADA ORANG LAIN





Kenapa masa tidak cukup? 
Diri sendiri yang tidak menggunakan masa dengan tepat, tidak displin, kurang minat dan tidak teratur.

Langkah untuk menguruskan masa 

  • JANGAN BERTANGGUH
  • UTAMAKAN TUGAS PENTING DULU
  • BERI PELUANG UNTUK ORANG MEMBANTU
  • UTAMAKAN TUGAS SENDIRI
  • BUAT PERANCANGAN RAPI
Punca-punca pembaziran masa kerana gangguan daripada kawan, tiada jadual kerja yang sistematik, kerja tidak dirancang, dan tiada semangat untuk berkerja/belajar
Kudran masa
  1. PENTING - SEGERA @ TAK SEGERA
  2. TAK PENTING- SEGERA @ TAK SEGERA
Kepentingan pengurusan masa
  1. Masa amat terhad dan berharga
  2. Meningkatkan produktif
  3. Memastikan pencapaian matlamat diri
  4. Membentuk kehidupan yang seimbang
  5. Mengurangkan tekanan
  6. Mendapat masa yang lapang dan lebih