- Bahasa Latin: COMMUNIS = 'SAMA'
- Bahasa Inggeris: COMMON = 'SAMA'
- Adalah proses menciptakan suatu kesamaan pemikiran antara pengirim dengan penerima (commonness)
KOMUNIKASI ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah-istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea yang dapat menyampaikan maksud.
KOMUNIKASI bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur,penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca,pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mentafsir) mesej tersebut.
DEFINISI KOUNIKASI BERKESAN.
- Satu proses penyampaian maklumat dari penyampai kepada penerima yang akan menghasilkan maklumbalas dan tindak balas seperti yang diharapkan.
- Satu proses yang akan dapat mengubah cara seseorang berfikir dan mengubah kelakuan seseorang.
PROSES KOMUNIKASI
PENYAMPAI --- PENERIMA --- MAKLUMAT --- MAKLUM BALAS ---
SALURAN --- PERSEKITARAN
ELEMEN-ELEMEN KOMUNIKASI
Penyampai
- Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi melalui perlakuan lisan dan bukan lisan.
Penyampai
- Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat.
Maklumat/mesej
- Maksud/fakta/ niat yang difahami oleh penerima maklumat.
Maklumbalas
- Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.
Saluran
- Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej.
- Saluran paling asas melalui pendengaran dan penglihatan.
- Saluran-saluran tambahan : media elektronik lukisan di kanvas atau bahan cetakan
Konteks
- Situsi penyampai mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej
- Contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan