Jumaat, 15 hingga 17 januari 2016 kami telah menyertai kem Bina Insan Guru telah dilangsungkan di kem Nur Lembah Pangsun, Ulu Langat.
Hari pertama pada hari jumaat, aktiviti yang kami jalankan ialah Ice Breaking dimana sir Hazwan dan encik Zaim yang menjalankan aktiviti tersebut. Kami telah mengambil satu kertas di dalam satu kotak secara rawak untuk pembahagian kumpulan. Terbentuk kumpulan seramai 6 orang ahli dan kami telah melakukan aktiviti bertali, melukis tanpa memegang marker pen dan encik Zaim telah mengajar tentang perkara 3P iaitu Penerimaan, Persetujuan dan Penghargaan.
Hari kedua pada hari sabtu penuh dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Pada pagi tersebut, kami telah memulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan terus diikuti dengan senaman pagi yang diiringi lagu-lagu semangat bersama para tenaga pengajar dan fasilitator. Kami telah main satu permainan iaitu baling selipar, sangat menyeronokkan dan terhibur dengan gelagat peserta yang bermain. Selesai permainan baling selipar, kami telah diberi taklimat oleh encik Roy selaku pengusaha kem tersebut. Encik Roy telah memberi taklimat berkenaan aktiviti air iaitu pondrafting yang kami lakukan, cara memakai jaket keselamatan dan cara mengikat tali di rakit. Selesai taklimat, kami mulakan dengan aktiviti berenang seorang demi seorang. Kemudian kami mulakan dengan aktiviti pondrafting dengan aktiviti tersebut, kami satu pasukan bekerjasama untuk menghabiskan hingga ke garisan penamat. Pada malam tersebut, malam gemilang dengan adanya malam kebudayaan sebagai malam pengakhiran bagi kem bina insan guru yang bertemakan perkahwinan. Setiap kumpulan mempunyai nama dan peranan masing-masing seperti Mak Su sebagai ahli kebersihan dan Mak Ngah sebagai mmenyediakan makanan minuman. Selain itu, kami juga telah diberi dua tugasan untuk mengubah lagu kanak-kanak dan lagu bebas sebagai persembahan penutup.
Pada pagi hari terakhir kami, seperti biasa kami membuat senaman pagi bersama encik Omar. Kemudian kami akan melakukan aktiviti yang sangat ekstrim yang mempunyai pelbagai slot. Dan aktiviti terakhir kami yang melibatkan semua peserta ialah menaikkan bendera semua kumpulan Coconut, Papaya, Strawberi, Kiwano, Mangoesteen dan Tembikai dengan menggunakan batang paip PVC.
Kami telah berkumpul di Dewan utama untuk majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang telah memenangi dalam aktiviti yang dijalankan. Dan pengakhiran ucapan dari tenaga pengajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan